Hari Pekerja | CUEPACS harap gaji minimum penjawat awam dikaji semula

  • 2 tahun lalu
Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik pengumuman gaji minimum pekerja kepada RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun ia dilihat lebih fokus kepada pihak swasta yang berskala besar dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Justeru Pengerusinya, Omar Bahrein Unin berharap kerajaan segera mempertimbangkan dan membentangkan hasil cadangan cuepacs bagi menaikkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.