Pertanian | Makmal kajian akan dibina di Kg Ensenggei Melayu

  • 2 tahun lalu
Satu makmal kajian akan diwujudkan di kawasan Kampung Ensenggei Melayu, Gedong bagi mengenal pasti potensi pertanian berteknologi baharu di kawasan tersebut.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rancangan itu akan melibatkan kerjasama Universiti Swinburne Sarawak bagi pengoperasian fasiliti berkenaan.