Tahanan Lolos | Enam anggota polis ditahan

  • 2 tahun lalu
Polis Pulau Pinang menahan enam anggota polis berhubung insiden seorang tahanan lelaki yang meloloskan diri daripada lokap berpusat Balai Polis Bayan Baru Tengah malam Isnin.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, enam anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.