Pendidikan | TMJ harap isu gaji rendah graduan ditangani segera

  • 2 tahun lalu
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar isu graduan yang menganggur dan kebolehpasaran graduan universiti tempatan yang masih rendah dapat diselesaikan segera.

Baginda menerusi kenyataan di Facebook bertitah, tahap gaji permulaan graduan baru universiti tempatan yang rendah dan ketidakpadanan antara permintaan serta penawaran kemahiran sesuatu yang perlu dipandang serius.