[TERKINI] Polis kenal pasti lelaki Rohingya jadi dalang

  • 2 tahun lalu
Pihak polis telah mengenalpasti seorang lelaki etnik Rohingya berusia 30-an yang dipercayai menjadi dalang kepada insiden rusuhan yang berlaku di Depot Imigresen Sementara Relau pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar memaklumkan rusuhan berkenaan berlaku sebelum kejadian 528 tahanan melarikan diri atau lolos dari depot berkenaan.

Tambahnya, lelaki berkenaan juga disahkan bebas ketika ini dan proses pengesanan dan pencarian baki tahanan masih diteruskan pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu pada Khamis.