Kematian Tahanan | Disebabkan penyakit tibi dan COVID-19

  • 2 tahun lalu
Polis sahkan kematian seorang tahanan lelaki di lokap berpusat Indera Mahkota di Pahang pada Sabtu, tidak mempunyai sebarang kecederaan mahupun elemen jenayah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan pada Isnin.