Menjelang Aidilfitri | Lebih 10,000 pakaian terpakai diedarkan percuma

  • 2 tahun lalu
Bagi memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, golongan kurang berkemampuan di Melaka berpeluang mendapatkan pakaian raya percuma menerusi penganjuran Butik Rakyat 3.0 Keluarga Malaysia.

Berbeza dengan penganjuran dua tahun sebelum ini, mereka yang hadir bukan sahaja boleh mendapatkan tiga helai pakaian percuma setiap seorang malahan sebanyak 8,700 kampit beras turut disediakan bagi setiap keluarga untuk dibawa pulang.