Soalan SPM 2021 | KPM tunggu laporan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan penuh daripada Lembaga Peperiksaan berkenaan dakwaan penggunaan set soalan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang sama untuk sesi kedua peperiksaan itu kelmarin.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata selepas laporan berkenaan lengkap, kementerian akan mengadakan perbincangan bagi mengambil langkah susulan yang perlu.