SAR Bot Karam | Radius pencarian tekong hilang diperluas

  • 2 tahun lalu
Radius pencarian seorang tekong bot nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki karam diperluaskan sehingga ke perairan Pahang.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata sektor pencarian merangkumi hampir 400 batu nautika persegi melibatkan sektor udara dan laut.