UCI | Faizal Izuddin sedia sertai perlumbaan pada Ramadan

  • 2 tahun lalu
Mohammad Faisal Izuddin Ahmad Joyo, pelumba basikal berusia 20 tahun dari Kuching, Sarawak tekad harumkan nama Malaysia dalam sukan lumba basikal.

Faisal berjaya menempah tempat dalam kelab Belanda tiga tahun lalu apabila menunjukkan prestasi cemerlang ketika jelajah Eropah pada tahun 2017 hingga 2019 bersama pasukan CIMB Junior Cycling Malaysia.

Kini, Faisal sedia mengejar beberapa kejohanan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) termasuk perlumbaan jelajah Eropah semasa bulan Ramadan tahun ini.