Muda ada seorang 'Superman', Dapsy ada barisan pimpinan - Kelvin Yii

  • 2 years ago
Ketua Pemuda DAP (Dapsy) yang baru dilantik Kelvin Yii berkata Dapsy bukanlah lemah berbanding Muda. Katanya, Dapsy sudah lama membuat kerja kebajikan kepada rakyat, merupakan antara 'track record' pemuda parti itu.

Namun, ahli parlimen Bandar Kuching itu berkata parti Muda pula bergantung kepada populariti presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di media sosial.

Kelvin berkata demikian ketika ditanya sama ada Dapsy berasa terancam dengan Muda dalam satu wawancara di media sosial, semalam.

Sumber video: https://fb.watch/ceqvGaA6XH/