COVID-19 | Varian Omicron XE belum dikesan di Malaysia

  • 2 tahun lalu
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Selasa mengesahkan bahawa mutasi baharu varian Omicron yang dinamakan XE masih belum dikesan di Malaysia.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, varian itu dikatakan telah dikesan di negara jiran.

Sehubungan itu, kata Khairy, kementerian sedang mengikuti perkembangan varian tersebut yang belum diketahui ciri-cirinya setakat ini.