Rawatan Kanser | Kerjasama swasta kurangkan kos perubatan jitu

  • 2 tahun lalu
: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menyeru lebih banyak kerjasama pihak selain kerajaan, khususnya penyedia perkhidmatan insurans, syarikat farmaseutikal, serta hospital swasta untuk perkhidmatan perubatan jitu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, perubatan jitu (precision medicine) sebagai kaedah efektif untuk mengesan kanser di peringkat awal, merupakan perkhidmatan dengan kos yang tinggi, sekaligus menyukarkan orang ramai untuk mendapat rawatan kanser lebih awal.