Bazar Ramadan | DBKK akan pantau pematuhan SOP

  • 2 tahun lalu
Peniaga bazar Ramadan di Kota Kinabalu diingatkan perlu patuh kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Tegas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar.