Ramadan | Jemaah masjid, surau disaran patuh SOP

  • 2 tahun lalu
Umat Islam di Kedah diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama menjaga penjarakan fizikal dan mengimbas MySejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, mengingatkan jemaah yang akan hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan solat tarawih dan Jumaat sepanjang bulan Ramadhan ini perlu mematuhinya kerana bimbang bilangan kes masih tinggi di negeri ini.

Disyorkan