Tular insiden pukul di 7-Eleven, kakitangan Prasarana kini disiasat

  • 2 years ago
Prasarana Malaysia Berhad menjalankan siasatan dalaman berhubung video tular memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam syarikat itu memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka.

Terdahulu tular dua klip video memaparkan dua lelaki, salah seorangnya memakai seragam polis bantuan yang tertera logo Prasana - memarahi seorang individu kerana didakwa mencuri mi segera di 7-Eleven.