COVID-19 | Kenaikan 1,000, 2,000 kes sehari tidak mustahil

  • 2 tahun lalu
Kenaikan setiap hari 1,000 sehingga 2,000 kes baharu positif COVID-19 di malaysia adalah tidak mustahil kerana nilai RT negara kini mencecah 1.16.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 98 kematian direkodkan semalam juga boleh berulang bahkan mungkin boleh meningkat.

Tegasnya, seperti dimaklumkan sebelum ini, penularan COVID-19 di Malaysia kini semakin meruncing.