Rasuah | Juruteknik direman cuba rasuah polis

  • 2 tahun lalu
Seorang juruteknik direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki cuba memberi rasuah wang tunai berjumlah lebih RM100,000 kepada seorang pegawai polis bagi menyelesaikan kes dadah.
Perintah reman sehingga 31 Mei depan itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan pagi tadi.