Rokok Seludup | Seludup rokok menerusi timbunan ikan segar

  • 2 tahun lalu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor merampas sebanyak 257,400 batang rokok putih yang di sembunyikan di dalam 12 tong ikan untuk dieksport ke negara jiran bernilai RM 61,776.00.
Pengarahnya, Sazali Mohamad berkata, taktik penyeludupan tersebut terbongkar hasil pemeriksaan bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah, Johor pada 3 Mei lalu.