Solidariti Palestin | Heret Israel ke mahkamah, usah lagi berdiam diri

  • 2 tahun lalu
Dunia, usah lagi berdiam diri, anda perlu bertindak segera terhadap Israel.

Demikian rayuan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang mahu jenayah rejim zionis dihentikan dan diheret ke mahkamah antarabangsa.

Tegasnya, tiada Palestin tanpa Baitul Maqdis dan Al-Aqsa yang membawa makna begitu besar buat negara itu.