Aidilfitri 2021 | Syukuri nikmat yang ada, tatkala dunia diuji

  • 2 tahun lalu
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat untuk terus memanjatkan kesyukuran ke atas segala nikmat yang ada, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran ketika tempoh pandemik ini.
Kata Perdana Menteri, sambutan Aidilfitri kali ini sememangnya berbeza kerana penularan COVID-19 telah membantutkan segala kelaziman, namun bersyukur kerana setiap rakyat di Malaysia masih berkesempatan meraikan Aidilfitri dengan tenang tanpa ada pergolakan.