Nilai R-Naught | Naik 1.10, Terengganu kekal tertinggi

  • 2 tahun lalu
Dengan peningkatan kes baharu COVID-19 mencecah lebih 4,000 semalam, ia turut menyaksikan kadar kebolehjangkitan atau R-Naught wabak itu di negara ini, meningkat semula.
Antara lain, data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook mendedahkan, angka R-Naught semalam naik 1.10 berbanding 1.07 hari sebelumnya.
Data juga dedahkan, lonjakan kes baharu menyaksikan sembilan negeri mencatat R-Naught melebihi purata kebangsaan antara 1.17 hingga 1.35.

Disyorkan