Rezeki Ramadan | Peniaga pakaian mengeluh, stok Raya lambat terjual

  • 2 tahun lalu
Ini kisahnya di Lahad Datu. Penutupan premis perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah itu sebelum ini merunsingkan peniaga pakaian.

Mereka berdepan risiko kerugian kerana stok jualan untuk Hari Raya Aidilfitri yang telah dipesan awal dibimbangi tidak akan terjual.