PKP di Kedah | Peniaga bingung, tiada jalan lain jika tutup bazar

  • 2 tahun lalu
Nasib peniaga bazar Ramadan di Stadium Darul Aman kini diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Mana tidaknya, mereka terpaksa berhadapan dengan penutupan operasi bazar berkenaan selepas lima daerah di Kedah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Sabtu.
Ia ketika majoriti daripada mereka masih belum mampu memperoleh nilai modal yang telah dikeluarkan bagi memulakan operasi bazar tahun ini.