Wabak ASF | Lapan daerah di Sabah diisytihar kawasan wabak ASF

  • 2 tahun lalu
Lapan daerah iaitu Pitas, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kota Marudu, Sandakan, Telupid dan Tongod disytiharkan sebagai kawasan penularan Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata jangkitan virus ASF yang menyerang ternakan babi dan babi hutan itu turut dikesan di Tawau dan Nabawan, namun kedua-dua daerah itu belum diisytiharkan sebagai kawasan wabak.