Rasuah | Penganggur dipenjara kerana menyamar pegawai khas

  • 2 tahun lalu
Seorang penganggur dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyamar pegawai khas kepada Timbalan Menteri dan meminta wang daripada seorang wanita berhubung dana geran filem.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Zafir Zainuddin, 38 tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan ke atasnya.