Jangan Merungut | Pengusaha bas sekolah jual buah

  • 2 tahun lalu
Akibat pandemik COVID-19, seorang pengusaha bas sekolah yang terjejas teruk... mengambil langkah drastik dengan memulakan perniagaan lain iaitu menjual buah-buahan.

Tidak seperti pengusaha lain yang menghentikan terus perniagaan bas sekolah, Pandi Amin, 35 tahun, mengambil pendekatan berbeza.

Bagi beliau, perniagaan pengangkutan bas sekolah masih boleh menguntungkan, tetapi mengambil masa untuk pulih.

Apa yang perlu ketika ini, beliau perlu mencari penyelesaian untuk menampung kehidupan keluarga tanpa merungut tentang nasib yang tidak mengubah apa-apa.