Pemilihan UMNO | Setuju dengan KJ, tapi Parlimen mesti jadi contoh

  • 2 tahun lalu
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoal gesaan supaya pemilihan UMNO disegerakan, sedangkan sidang Parlimen yang hanya melibatkan 220 ahli ditangguhkan.

Beliau bersetuju bahawa pemilihan parti berkenaan tidak lagi boleh ditangguhkan, bagaimanapun, skeptikal terhadap perjalanan proses pemilihan terutama di peringkat cawangan dan bahagian parti itu.