Insiden Kren SUKE | Kerja alih gantri dijangka siap dua minggu

  • 2 tahun lalu
Kerja-kerja penstabilan struktur dan pengalihan kren gantri di lokasi insiden yang mengakibatkan tiga warga China maut di Alam Damai, Cheras Isnin lalu, dijangka mengambil masa selama dua minggu.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, fasa pertama kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan bermula Sabtu, selepas pihaknya menerima kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan (JKKP).