COVID-19 | PKPD di Pusat Jagaan Rohaniah bermula 29 Mac

  • 2 tahun lalu
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kg. Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan bermula 29 Mac sehingga 11 April 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

Disyorkan