Pekerja Asing | Kerajaan pertimbang wajibkan suntikan vaksin COVID-19

  • 2 tahun lalu
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai syarat untuk pengambilan pekerja asing di negara ini pada masa hadapan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad dan diberikan dalam beberapa fasa tertentu.