Menguasai kemahiran asas matematik sentiasa menjadi kekangan kepada para pelajar terutama dalam menguasai kemahiran sifir. Pelbagai usaha dilakukan oleh para guru untuk meningkatkan kemahiran asas ini. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong Melaka, Wardah Marwa Mohd Ashrof,11, bersama-sama Ketua Panitia Matematik Nurhidayah Azzati Mohd Alis,35, mengupas aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu kemahiran murid dalam menghafal sifir melalui kaedah "Lagu Sifir".Program ini membuahkan hasil apabila murid Pemulihan Khas, Modh Hazim Jefri, 10, berjaya menghafal sifir menggunakan kaedah lagu sifir. Tambahan "Lagu Sifir" ini juga adalah salah satu program Bimbingan PPD Prioriti PPD Melaka Tengah bersama BPSH KPM.
Category
😹
Fun