Isu Kalimah Allah | JAKIM tunggu perkenan Majlis Raja-Raja

  • 2 tahun lalu
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Agensi Agama Islam yang lain akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu penggunaan kalimah Allah selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya telah menyerahkan laporan hasil perbincangan antara mufti dan pakar undang-undang seluruh negara yang berlangsung pada Selasa lepas.

Disyorkan