PKPP | Aktiviti rekreasi laut dibenarkan semula

  • 2 tahun lalu
Berkuatkuasa Selasa, kerajaan negeri Sabah mula membenarkan aktiviti rekreasi laut dan sungai mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengikut kapasiti 50 peratus.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, ia merupakan pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri tersebut.