Kemalangan | Lima termasuk empat sekeluarga maut

  • 2 tahun lalu
Lima maut termasuk empat sekeluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, Raub, pada Jumaat malam.
Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Muhamad Fadzli Aming, isterinya Nur Asyitah Abu Samah, dan dua anaknya, Muhammad Iqmal dan Irina Nur Qhalesya serta seorang penumpang pacuan empat roda Wan Syahrul Munif Wan Jaffar.