Prihatin Rakyat | BPN ringankan kesukaran hidup

  • 2 tahun lalu
Walaupun berdepan detik sukar ketika penularan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi, namun kerajaan masih meneruskan keprihatinan bagi kebajikan rakyat.
Prihatin dengan nasib yang ditimpa, pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) disediakan bertujuan meringankan beban rakyat.
Pada 27 Mac lalu kerajaan melancarkan BPN, sebanyak RM9.24 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.