Pinda Audit 1MDB | Najib gagal gugurkan Sri Ram

  • 2 tahun lalu
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan, berhubung salah satu kes berkaitan 1MDB yang dihadapinya.
Ketika membuat keputusan, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata, dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam siasatan terhadapnya, sebagai 'Tiada Merit'.
Ini merupakan kali ketiga cubaan Ahli Parlimen Pekan itu untuk menggugurkan Sri Ram daripada kes pindaan laporan audit 1MDB.