1MDB | DOJ kemuka waran untuk kembalikan wang diseleweng

  • 2 tahun lalu
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat atau DOJ mengeluarkan waran untuk mendapatkan semula 330 juta dolar Amerika yang didakwa sebahagian daripada wang yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar The Guardian melaporkan, waran itu dikeluarkan terhadap firma undang-undang Clyde and Co di United Kingdom, yang didakwa menyimpan wang tersebut bagi pihak pelanggan.