COVID-19 | Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster

  • 2 tahun lalu
Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program 'Preventing Outbreak at Ignition Site' (POIS) bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu diambil selepas mengenalpasti kilang-kilang di seluruh negeri Selangor sebagai kawasan utama perebakan wabak COVID-19.