PdPR | NUTP sokong cadangan saluran khas televisyen

  • 2 tahun lalu
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik dan menyokong cadangan ibu bapa yang mahu Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan satu saluran khas pendidikan di televisyen yang boleh diakses murid daripada setiap golongan pendapatan.
Langkah itu juga dilihat sebagai satu kaedah yang tepat untuk memperluas dan memperkasakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dipercayai bakal memberi impak positif kepada prestasi akademik pelajar.

Untuk mengulas lanjut kita bersama Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock.