TPNW | Triti larangan senjata nuklear (TPNW) berkuatkuasa hari ini

  • 2 tahun lalu
22 Januari, 2021, merupakan suatu tarikh yang bersejarah kerana ia merupakan hari berkuatkuasanya Triti Larangan Senjata Nuklear (TPNW).
Inisiatif yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ini mengandungi langkah komprehensif bagi memastikan dunia bebas daripada senjata nuklear sepenuhnya.
Malaysia antara 21 negara yang meratifikasi perjanjian berkenaan.
Namun, penjelasan apa itu TPNW dan kepentingan serta bagaimana ia berbeza dengan perjanjian terdahulu?