Isu Peneroka Sawit | 480 hektar kawasan Ladang Lokheng Selatan ditakungi air

  • 2 tahun lalu
Lebih 40 peneroka di Felda Lokheng Selatan dekat Kota Tinggi Johor risau hasil tuaian sawit terpaksa dibiarkan rosak begitu sahaja sehingga terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.
Dakwa peneroka, mereka tiada pilihan disebabkan tidak boleh turun ke ladang berikutan takungan air di kawasan ladang kelapa sawit mencecah paras lutut hingga ke pinggang.