Nazri Aziz dakwa kerajaan hari ini sudah runtuh

  • 2 tahun lalu
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa kerajaan hari ini sudah runtuh selepas sokongan majoriti hanya tinggal 109 dan dijangka dalam tempoh beberapa hari lagi tindakan menarik sokongan akan dilakukan oleh tiga atau empat Ahli Parlimen.

"Rakyat berhak membuat kesimpulan mereka tapi saya sebagai rakyat juga bukan sebagai ahli politik memang apa yang dilakukan kerajaan untuk kawal #COVID19 adalah satu kegagalan," katanya dalam sidang media pada Selasa.