COVID-19: Vaksin tidak jamin PRU selamat - Pakar Kesihatan

  • 2 tahun lalu
Ketersediaan vaksin COVID-19 bermula Februari ini tidak menjamin Pilihan Raya Umum (PRU) boleh berlangsung dalam keadaan selamat sekiranya diadakan pada waktu terdekat.

Ini kerana menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar program vaksinasi dijangka mengambil masa enam bulan hingga satu tahun untuk mencapai sasaran 80 peratus rakyat Malaysia divaksin.