Perkembangan banjir dan tanah runtuh di Pahang

  • 2 tahun lalu
Situasi banjir di Pahang juga kekal serius.
Lebih 2000 mangsa telah pun dipindahkan ke 58 Pusat Pemindahan Sementara atau PPS setakat ini, akibat kawasan yang mereka diami ditenggelami air.
Negeri itu juga menyaksikan salah satu akibat terburuk banjir setakat ini, apabila tanah runtuh di Jalan Bentong-Raub memusnahkan sebahagian jalan tersebut sehingga memaksa pengguna jalan raya berpatah balik.
Kami mahu mendapatkan perkembangan terkini berkenaan situasi banjir di Pahang, dan bersama saya menerusi Skype secara langsung dari Bentong adalah Lee Chin Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut.