Malaysia kutuk serangan di Aden

  • 2 tahun lalu
Malaysia mengutuk keras serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Aden di Yaman pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia menolak semua bentuk keganasan yang mengancam kestabilan, keamanan dan keselamatan serantau.