Dana 4 bilion dolar diperlukan jayakan COVAX

  • 2 tahun lalu
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan badan itu memerlukan dana berjumlah 4 bilion dolar dalam usaha merealisasikan Inisiatif Vaksinasi Dunia atau COVAX.
Dalam ucapan sempena Ulangtahun Laporan Kluster Pertama COVID-19, Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata inisiatif itu hanya akan dapat dijayakan sekiranya wujud kerjasama melibatkan semua warga dunia.