Kluster Halban: Kelantan mohon PKPD di Pondok Darul Naim

  • 2 tahun lalu
Kerajaan negeri Kelantan memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya Pondok Darul Naim di Padang Halban, Kota Bharu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD.

Ia selepas berlaku penularan COVID-19 yang dipercayai dari zon merah yang pulang ke Kelantan sekaligus mengakibatkan peningkatan kes positif COVID-19.