Penternak ayam rugi RM202,909 diperdaya scammer

  • 2 tahun lalu
Seorang penternak ayam 32 tahun, kerugian 202,909 ringgit selepas diperdaya individu mengakui sebagai Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kononnya dia mempunyai tunggakan melibatkan syarikatnya.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, mangsa menerima panggilan seorang wanita pada 21 Disember lalu berhubung tunggakan tersebut.