Mengekang penularan pendemik, kawal pergerakan

  • 2 tahun lalu
Semalam, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,810 kes. Hari sebelumnya leebihi 2 ribu kes.
Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) - 685 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam berkata - penduduk di Selangor yang ingin pulang ke kampung halaman disaran supaya menangguhkan dulu hasrat mereka bagi menggelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan golongan berisiko.
Prof Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Disyorkan